Colours of Life

fa,24 years old,malaysian

"bila Allah tidak memberi bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti :) "
kushandwizdom:

Good Vibes HERE

"

Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji..

Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkeliru..

Ada ketikanya insan yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka..

Ada ketikanya insan yang kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan..

Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis..

Ada ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata..

Namun kita tetap menyayangi dia..

Kerana APA..?

Kerana itu tanda kita menerima dia seadanya.

"

(via angahalim)

"Yang terbaik selalunya datang lewat. Maka sabar. Jangan berhenti berdoa. Allah suruh kita tunggu sekejap. Yang istimewa memang susah dimiliki. :’)"

norasiah_hasan (via faziraaaaa)

"Sometimes a person prays with tears. When the words are missing, Allah knows our hearts"

ada perkara dalam hati ini yang susah hendak diluahkan, susah hendak diceritakan..ia mengganggu sangat mengganggu :( 

105am

budakcengeng:

"Kawan memecut motosikal dengan cermat. Balik dari hospital.Meredah jalanraya di malam hari. Gelap betul. Lampu jalan pun jarang-jarang kelihatan.Aku membonceng di belakang. Tiba-tiba di hadapan ada sekatan jalanraya. Ada polis.Oh. Bukan. Ada kemalangan di hadapan. Sebab itu ada polis.Kami sampai di tempat kejadian. Kawasan tu agak sunyi. Kenderaan pun jarang lalu situ.Mungkin kami antara yang terawal tiba. Nasib baik ada abang polis trafik lalu.Kawanku memberhentikan motosikal. Aku gigil sikit lutut. Tengok darah mengalir di atas jalan. Penunggang motosikal ni. Macam kes langgar lari saja. Sebab tiada kenderaan lain di situ kelihatan. Motosikal je berderai. Penunggang dah nyawa-nyawa ikan. Kaki sebelah entah ke mana. Patah tulang.Aku gagal menapak menghampiri mangsa. Gerun. Takut. Tak biasa. Tiada siapa nak tolong mangsa. Polis pun tengah sibuk hubungi ambulans dan kawal lalu lintas.Kawanku meluru ke arah mangsa. Aku terpaku melihat dia memangku kepala mangsa dan meribanya. Perlahan-perlahan diajarnya mengucap syahadah. Mangsa tercungap-cungap mengucapkan sesuatu pada kawanku.Tak lama kemudian, mangsa diam. Innalillahi wainna ilaihi raaji’un.Kawanku mengambil sesuatu dari poket seluar mangsa. Henfon dan dompet. Ku lihat dia menekan-nekan fon tersebut. Dari dompet, dilihatnya IC. Kemudian, dia serahkan pada polis dan bercakap-cakap sesuatu dengan polis. Datang ke arahku. ""Dia cakap apa dekat kau?"" Tergesa-gesa aku bertanya.""Dia suruh aku balas mesej mak dia. Tadi, tengah dia bawa motor. Mak dia mesej. Baru saja nak reply, jadi macam tu.Dia suruh aku balas pada mak dia, dia minta maaf atas segalanya. Dia dah belikan mee goreng untuk adik-adik yang kelaparan dekat rumah.”“Aku ke motosikalnya. Masih elok bungkusan mee goreng dalam raga motosikal.""Kita tolong hantarkan. Jom."" Kawanku menarik tanganku cepat-cepat.Start motor. Ikut alamat yang dia tengok di IC mangsa tadi. Sampai di rumah mangsa. Kami serahkan mee goreng tadi kepada ibu mangsa. Ada empat budak kecil. Mungkin adik mangsa. Aku dapat rasakan mangsa betul-betul abang yang sangat baik.Kawanku khabarkan berita duka pada ibu mangsa. Hampir nak pitam. Disambut deraian air mata.**Dalam perjalanan pulang, kami banyak berdiam diri. Aku lihat air mata mengalir di pipi kawanku. Aku pun sama.Kawanku bersuara sayup-sayup kedengaran,""Bila kali terakhir kau mohon maaf pada orang tua kau?""""Bila kali terakhir kita mohon ampun pada Allah? Sampai bila kita nak dingin pada Allah?”“Bagai tertusuk duri.Esok belum pasti. Mati itu pasti. Kesudahan aku? Kesudahan kita?Siapa tahu. Aku pun tak tahu.”
(14247, 2014)


bipifafa@copyrighted: