Colours of Life

fa,24 years old,malaysian

"bila Allah tidak memberi bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti :) "
budakcengeng:

"Kawan memecut motosikal dengan cermat. Balik dari hospital.Meredah jalanraya di malam hari. Gelap betul. Lampu jalan pun jarang-jarang kelihatan.Aku membonceng di belakang. Tiba-tiba di hadapan ada sekatan jalanraya. Ada polis.Oh. Bukan. Ada kemalangan di hadapan. Sebab itu ada polis.Kami sampai di tempat kejadian. Kawasan tu agak sunyi. Kenderaan pun jarang lalu situ.Mungkin kami antara yang terawal tiba. Nasib baik ada abang polis trafik lalu.Kawanku memberhentikan motosikal. Aku gigil sikit lutut. Tengok darah mengalir di atas jalan. Penunggang motosikal ni. Macam kes langgar lari saja. Sebab tiada kenderaan lain di situ kelihatan. Motosikal je berderai. Penunggang dah nyawa-nyawa ikan. Kaki sebelah entah ke mana. Patah tulang.Aku gagal menapak menghampiri mangsa. Gerun. Takut. Tak biasa. Tiada siapa nak tolong mangsa. Polis pun tengah sibuk hubungi ambulans dan kawal lalu lintas.Kawanku meluru ke arah mangsa. Aku terpaku melihat dia memangku kepala mangsa dan meribanya. Perlahan-perlahan diajarnya mengucap syahadah. Mangsa tercungap-cungap mengucapkan sesuatu pada kawanku.Tak lama kemudian, mangsa diam. Innalillahi wainna ilaihi raaji’un.Kawanku mengambil sesuatu dari poket seluar mangsa. Henfon dan dompet. Ku lihat dia menekan-nekan fon tersebut. Dari dompet, dilihatnya IC. Kemudian, dia serahkan pada polis dan bercakap-cakap sesuatu dengan polis. Datang ke arahku. ""Dia cakap apa dekat kau?"" Tergesa-gesa aku bertanya.""Dia suruh aku balas mesej mak dia. Tadi, tengah dia bawa motor. Mak dia mesej. Baru saja nak reply, jadi macam tu.Dia suruh aku balas pada mak dia, dia minta maaf atas segalanya. Dia dah belikan mee goreng untuk adik-adik yang kelaparan dekat rumah.”“Aku ke motosikalnya. Masih elok bungkusan mee goreng dalam raga motosikal.""Kita tolong hantarkan. Jom."" Kawanku menarik tanganku cepat-cepat.Start motor. Ikut alamat yang dia tengok di IC mangsa tadi. Sampai di rumah mangsa. Kami serahkan mee goreng tadi kepada ibu mangsa. Ada empat budak kecil. Mungkin adik mangsa. Aku dapat rasakan mangsa betul-betul abang yang sangat baik.Kawanku khabarkan berita duka pada ibu mangsa. Hampir nak pitam. Disambut deraian air mata.**Dalam perjalanan pulang, kami banyak berdiam diri. Aku lihat air mata mengalir di pipi kawanku. Aku pun sama.Kawanku bersuara sayup-sayup kedengaran,""Bila kali terakhir kau mohon maaf pada orang tua kau?""""Bila kali terakhir kita mohon ampun pada Allah? Sampai bila kita nak dingin pada Allah?”“Bagai tertusuk duri.Esok belum pasti. Mati itu pasti. Kesudahan aku? Kesudahan kita?Siapa tahu. Aku pun tak tahu.”
(14247, 2014)

"

Soalan: Saya dah solat,tapi kenapa masih buat maksiat ?

Jawapan: Sebab awak “tak hadirkan” Allah dalam solatmu.

"

NotaHalaqah (via cahayamardhatillah)

"

Cemburu dengan orang yang kuat imannya.
Cemburu dengan orang yang teguh pendiriannya.
Cemburu dengan orang yang baik akhlaknya.

Cemburu sangat.


Sebab Soleh dan Solehah itu mahal nilainya. Maka dimiliki juga oleh orang yang mahal harga dirinya.

Ok lah tu, apa.. ;)

"

rozizarina (via rozizarina)

"No family is perfect; we argue, fight, we even stop talking to each other. But in the end, family is family, the love will always be there."

The Urban Mama (via laninalathifa)

"cinta itu urusan hati, hati itu urusan Tuhan. maka jagalah hatimu dan Tuhan akan menjaga cinta untukmu :)"



bipifafa@copyrighted: